Cara Cukuran Ketiak

1. Mandi dahulu sebelum mula bercukur. Biarkan rerambut tersebut lembut oleh air. Lebih baik sebenarnya untuk anda mandi bersama air suam sebelum bercukur. Ini kerana air suam akan membantu membuka liang roma kulit dan menyediakan kulit anda untuk proses bercukur.

2. Cuba gunakan pisau pencukur yang baru setiap kali anda bercukur. Jangan hanya kerana mahu berjimat, anda bakal meninggalkan kesan hitam pada bawah lengan anda. Semakin kerap anda menggunakan pisau cukur yang sama, ia akan menyebabkan kesan cukuran menjadi kurang lancar. Mata pisau yang tumpul akan mendatangkan kesan geseran pada kulit. Kesannya kulit lebih mudah menjadi merah, tertarik atau beriritasi.

3. Cukuran di bawah lengan juga memerlukan anda menggunakan krim atau jel. Buih sabun tidak membantu memberikan kelicinan cukuran sama seperti fungsi krim dan jel. Penggunaan sabun sewaktu bercukur juga akan membuatkan kulit di bahagian tersebut cenderung menjadi kering.

4. Sebelum bercukur, Perhatikan dahulu arah tumbuhnya rerambut tersebut. Cukurlah mengikut arah tumbuhnya rerambut itu bagi kesan cukuran yang lebih lama.

5. Pastikan anda membilas pisau cukur anda dengan air sebelum memulakan cukuran yang baru. Jangan teruskan cukuran hingga selesai tanpa membilasnya setiap kali lepas satu cukuran.

6. Jangan terus menyembur wangian atau memakai deodoran selepas bercukur. Ia akan menyebabkan kulit lebih mudah menjadi merah, kering dan akhirnya meninggalkan kesan hitam. Ini kerana kebanyakan produk wangian untuk ketiak mengandungi alkohol yang menyebabkan keadaan ini berlaku.

7. Sebaiknya, bercukurlah sebelum tidur. Ini bagi membolehkan kulit anda ‘pulih’ dan ‘berehat’ selepas bercukur.

 

Lihat Juga: Tips Elak Ketiak Berbau

-RAPI 15 jul 10

One Comment:

  1. Pingback: Tips Elak Ketiak Berbau | enn-eff.com! Journal, Tips & Tricks, Health, Beauty, Pets

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*