Tips Elak Ketiak Berbau

1. Sewaktu mandi, pastikan anda membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh. Kemudian, pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. Pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian bawah lengan anda. Ini kerana rerambut yang dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh.

3. Elakkan dari memakai pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan. Keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya Kesannya, kulit akan berpeluh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau. Kulit yang dibiarkan sendat di bahagian tersebut juga akan mendatangkan risiko mudah berkedut dan menggelebeh seterusnya mengakibatkan pigmentasi kulit dan juga kesan hitam.

4. Jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda. Memang ia akan berbau harum tapi itu hanyalah seketika. Kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. Kebanyakan wangian juga mengandungi ‘metalic salts’ yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bahagian bawah lengan.

5. Pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. Anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu di bahagian bawah lengan setelah mandi. Ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Lihat Juga: Cara Cukuran Ketiak

– RAPI 15 jul 10

2 Comments:

  1. Pingback: Cara Cukuran Ketiak | enn-eff.com! Journal, Tips & Tricks, Health, Beauty, Pets

  2. nak share. sy gunakan produk ni baru 3 bulan. itupun kawan kenalkan. mmg bagus sgt la. sy beli di laman ni http://armpitproblem.blogspot.com . nama produk tu es beauty deodorant. anda cubalah..mana tau seuai gak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*