Makan Buah Sebelum Nasi

Amalan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah memakan buah dahulu sebelum memakan sesuatu yang berat. Tetapi kita terlalu mengikut budaya barat yang menekankan memakan buah-buahan selepas makan berat yang dianggap sebagai pencuci mulut. Kebiasaannya kita akan menjadi letih dan mengantuk selepas makan nasi, terutamanya ketika makan tengah hari. Selalunya kita pergi lunch, lepas balik ke pejabat kita akan merasa malas dan mengantuk. Mengapa ia terjadi? Adakah kerana kita makan terlalu banyak?

Nasi yang kita makan akan menghasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang berfungsi sebagai bahan dasar untuk membentuk  niacin dan vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh. Beberapa asid amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.

Buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin. Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Buah-buahan mengambil masa selama 15-20 minit (45 minit untuk pisang) sahaja. Zat-zat di dalam buah-buahan dapat memberi kita tenaga yang secukupnya untuk bekerja. Makanan berkarbohidrat (terutamanya nasi) pula mengambil masa kira-kira 2 jam untuk dicerna, dan makanan berprotein pula mengambil masa lebih daripada itu. Jadi, jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

One Comment:

  1. Apa dalil atau hadith Rasulullah SAW tentang mendahulukan memakan buah sebelum nasi? Adakah ianya sunnah ataupun sekadar ikut-ikutan sahaja. mohon penjelasan.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*