Asid Folik (Folic Acid) untuk ibu mengandung

Mungkin ramai yang ingin tahu kepentingan asid folik untuk ibu-ibu yang mengandung. Ia sangat penting untuk membina sel – sel bayi semasa dalam kandungan seperti sel-sel otak, tulang, organ dan kulit bayi. Selain itu ia dapat membantu untuk mencegah kecacatan bayi 50% – 70% kemungkinan daripada berlaku. Pengambilan asid folik sebenarnya sangat baik sebelum dan semasa mengandung. Ia mudah didapati di farmasi tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar sebelum kita mengambil sebarang ubat dan vitamin tambahan. Biasanya doktor akan menggalakkan pengambilan asid folik sebanyak 5mg sehari.

Antara makanan yang mengandungi sumber asid folik adalah :

  1. Barli
  2. Daging lembu / kambing
  3. Susu
  4. Keju
  5. Ayam
  6. Buah Kurma
  7. Oren
  8. Beras perang
  9. Hati
  10. Cendawan
  11. Ikan salmon
  12. Tuna
  13. Gandum
  14. Bijirin
  15. Sayuran berdaun hijau / berubi

Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, tumbesaran yang lembap pada kanak-kanak dan anemia (kurang sel darah merah).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*