Urutan untuk ibu mengandung

Teknik urutan memang baik bagi menghilangkan tekanan dan lenguh – lenguh badan. Bagi ibu – ibu mengandung, urutan sangat diperlukan kerana beban berat bayi di dalam kandungan boleh membuatkan rasa lenguh terutama dia bahagian kaki dan pinggang.

Selain dapat membantu melancarkan peredaran darah, cara urutan yang betul boleh menstabilkan hormon, mencegah pembengkakan kaki, merangsang pengeluaran susu ibu serta melancarkan penyaluran nutrisi dan oksigen kepada bayi.

Urutan untuk ibu mengandung sesuai dilakukan semasa kandungan telah stabil – 3 hingga 6 bulan (sekali urutan dalam seminggu sudah mencukupi).  Cara urutan yang terlalu kuat dan urutan di bahagian perut harus dielakkan supaya tidak mengganggu kedudukan bayi di dalam kandungan.

Sebaik – baiknya mintalah nasihat orang yang sudah berpengalaman dan terlatih sekiranya ingin mendapatkan khidmat urutan semasa mengandung.

 

* additional info :

Pre – Natal Package @ De’ Daun Spa, Seri Kembangan —> http://dedaunspa.com/flash_site.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*