Filem: Hafalan Shalat Delisa

Sebuah filem Indonesia yang bertemakan keagamaan yang mengisahkan suka dan duka seorang gadis kecil bernama Delisa (lakonan Chantiq Schagerl) yang mengharungi liku-liku hidup setelah kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004. Delisa yang kehilangan ibu tercinta (lakonan Nirina Zubir) bersama tiga lagi kakaknya iaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).

Delisa juga kehilangan sebelah kakinya setelah mengalami kecederaan teruk. Namun Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, dia telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan mampu menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air matanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa cuba untuk memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan.

‘Delisa cinta Ummi karena Allah’

 

 

Selepas menonton ‘trailer’ filem ni, admin rasa filem ni mampu menggambarkan nilai-nilai sebenar kehidupan masyarakat Islam. Menggunakan kisah daripada seorang anak kecil pasti mampu untuk menarik minat anak-anak kita untuk mengenali apa itu nilai-nilai murni dan boleh mengenalkan anak-anak kita tentang apa itu Islam dengan lebih mendalam. Admin sangat berharap filem ini dapat memasuki layar perak  Malaysia.

Tarikh Ditayangkan di Indonesia: 22 Disember 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*